Thursday, June 21, 2012

Latihan Menulis 1


Aku nak buat cerita,tidak ku pandai tentang itu.Mengapa perlu rekaan?Ini testing saja.Aku pandai baca,tapi aku tak reti menulis,Jadi aku cuba mahu test sama ada aku boleh menulis atau tidak..:senyum:

           
  KISAH HIDUP AKU

     Aku berjalan seorang diri pulang ke rumah,bukanlah perkara besar sebenarnya,kadang-kadang ditemani adikku,kadang-kadang bersendirian.Cuma kali ini aku terasa sedikit kepenatan.Hari ini aku berjalan kaki,tidak seperti kebiasaannya,aku akan menunggang basikal.Basikal merah dan mempunyai bakul di hadapan.Basikal itu adalah hadiah daripada ayah sempena hari lahirku,atau kejayaanku dalam peperiksaan,entah aku pun sudah tak ingat.

   Sedang asyik aku berjalan,aku terlihat seorang lelaki.Tinggi lampai orangnya dan kulitnya cerah.Aku kenal lelaki itu,abang Azrak,dia adalah senior ku di sekolah.Dia sedang mengait buah kedondong di hadapan rumahnya.Nampak seperti susah sahaja,tapi yang aku pasti pokoknya rendang-rendang sahaja.Aku tergelak sendirian.

"Tahuke tidak nak menjolok buah itu.Maklumlah anak orang berada,"hatiku berkata-kata..."Astaghfirullah,apa aku cakapni,tak baik-tak baik,".

Aku mengeleng-gelengkan kepala.Tidak baik menilai sebegitu..hmm..Aku hendak menegurnya?Tidak mungkin,aku bukannya kenal sungguh dia. Dia adalah anak kepada jiranku,dan rumahnya juga tidak jauh daripada rumahku.Ibunya adalah guru bahasa Inggeris di sekolah yang sama denganku.Dan dia pula,seorang pelajar cemerlang dan berjawatan pengawas.Dia berusia 12 tahun,tiga tahun lebih tua daripadaku,dan bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.Aku pula?Aku bakal menduduki peperiksaan PTS.Peperiksaan yang aku rasakan pelik.Jika aku lulus PTS ini,aku akan terus naik terus ke tahun lima,tanpa perlu melalui tahun empatku.Bukankah aku akan ketinggalan pembelajaran setahun?Aku rasakan sangat rugi.Dan untuk meninggalkan kawan-kawan sebaya,aku tak mahu.Arggh,,aku pun tidak tahu lagi,macamlah aku akan lulus..:senyum:.Yang aku harapkan aku tidak lulus.Aku takut sangat jika aku berjaya dalam PTS..Pelik ke tidak..Tersengih saja aku memikirkannya..

Buah kedondong masak sebiji,
Masaknya ranum gugur ke tanah,
Aku berjalan tidak berhenti,
Mengapa belum tiba di rumah?

     Aku berpantun sendirian..:senyum:..geli pula hatiku..Aku tidak dapat kikis tabiat ku yang satu ini,asyiknya berpantun.Boleh lagi berjalan-jalan, sambil bekerja, sambil berehat aku mereka pantun di dalam otakku.Kadang-kadang tanpa kusedari.Sekadar menghiburkan hati..

“Bila hendak sampai ni,rasa macam dah jauh dah jalan,”aku berkata sendirian.Penat juga jalan kaki pergi balik sekolah.

“Hoi!!”

“Oh,mak kau!!Astaghfirullah...". Ish,mahu gugur jantungku mendengar,siapa pula yang menyergah ni. Habis aku melatah,buruk pula dengarnya.

“Kau ni,buat terkejut aku saja,” jawabku.

Rupa-rupanya aku disergah oleh adik lelakiku.hehhe..Lawak,lawak aku rasakan.Diam-diam aku berjalan, ada pula dia ni.Iya tak iya jugak,dia pun nak pulang ke rumah.Mentang-mentang dia naik basikal senyap-senyap,kacau betul aku yang sedang berfikir-fikir.

“Dah,kesian kau kan.Kena jalan kaki pergi balik sekolah,sorilah pasal basikal kau tu,”adikku berkata.

’Dah’ adalah panggilanku di rumah,singkatan kepada namaku, Saidah. Nasib baik aku agak baik dengan dia.Kalau tak sudah ku marah dia. Adikku ini Azman,hanya muda setahun dariku,dan kami sudah seperti kawan rapat dalam keluarga.

“Huh,kau tu memang.Dari kecil,kasut aku kau rembat,selipar feminine aku, kau jugak pakai.Mana pergi selipar engkau banyak-banyak.Ni basikal aku pun kau nak guna.Bukan guna elok-elok pulak tu,sampai rosak yer kau kerjakan,” aku menjelingnya.

“Hehhe,aku tak sengajala,terjatuh parit..aku accident tu,sianla kat aku juga,sob sob”.

Dia dah tunjuk muka kesiannya tu.Macam itulah adik aku,selasak-lasak macam mana pun dia,aku tak boleh nak marah-marah dia.Bagaimana teruk aku bergaduh dengannya,berbaling-baling sakan hubungan kami akan pulih semula.Benarlah kata pepatah, 'Air dicincang tidak akan putus'.

No comments: