“Dah,nak naik ke tak ni, aku tumpangkan,” ajak Azman.
“Boleh juga, aku ringan je kan,” aku tersengih-sengih.
..........................................................................................
Basikal aku telah dihantar ayah ke bengkel basikal Ah Chong, berdekatan dengan pekan kecil tidak jauh dari rumahku. Katanya mungkin akan mengambil masa beberapa hari hingga seminggu untuk siap dibaiki. Aku tidak kesah tentang itu,asalkan siap saja di baiki,aku boleh menunggangnya semula.
‘Kepada adikku,no way kau nak pinjam lagi yer.Kau 'ganas' sangat,mana sesuai untuk basikal perempuan macam tu’.
Petang itu aku perlu menghadiri sekolah agama seperti biasa, dan sekali lagi aku menumpang basikal Azman.
‘Nasib kaula Man,basikal aku kan rosak,jadi kaulah kena bawa aku,’ kataku dalam hati.
“Dah,sudah siapke belum? Cepat sikit, kang aku tinggalkan kau,” jerit Azman yang sudah pun berada di luar rumah ketika itu.
“Ok,ok sekejap,sekejap,”. Aku tercungap-cungap kepenatan.
Apa yang membuatku penatnya entahla.Agaknya disebabkan aku tertidur sebentar tengahari tadi jadi membuatkan aku kelam-kabut untuk bersiap-siap ke kelas.
Aku menyarungkan kaki ke kasut dan berlari-lari anak menuju ke arah Azman yang kelihatan sudah bersedia untuk bergerak.
“Duduk elok-elok tau,aku nak pecut ni,” gertak adikku.
"Ish, janganla,kau nak accident lagi? Tak serik dah masuk parit? Kali ni bukan kau seorang je jadi mangsa, aku yang tak bersalah ni tak pasal-pasal kena sekali tau,” balasku dengan nada yang seakan-akan marah.
“:senyum:,janganlah marah,nanti cepat tua.Aku main-main saja.Macam tak kenal aku je kau ni,”.
Aku diam saja. Malas hendak melayan adikku Azman ini. Dia tidak pernah hendak serius sedikitpun. Makin ku layan,makin menjadi-jadi dibuatnya.
“Dah,kita singgah beli asam jeruk kejap erk,”.
“Kau ni sempat lagi,tadi gaya macam dah terlambat,”
“Sebab tak mahu lambatla aku suruh kau cepat-cepat. Supaya,aku ada masa nak lepak situ kejap,”.
“Amboi..yelah-yelah,belanja aku sekali,” aku mencebikkan bibir.
“Alright boss!,” jawabnya sambil sempat lagi menabik di kepala.
‘Hish,bahaya betulla budakni’.
“Tapi kan Man,setahu aku, makan masam-masam ni tak elokla untuk otak.Habislah apa aku belajar.Free free je lupa,”
“Alah,kau kan pandai,lupa-lupa kau ingat jugak,”
“Memandailah kau.Kalau dah boleh menyebabkan lupa,bukannya dekat sesetengah orangje, kat semua orangla,”
“Ala,kalau aku lupa pun takde beza dengan aku yang tak lupa.Macam tu jugak..hehhe,”
“Kau tu bukan sengaja lupa,bukan sebab tak reti,sebab malasje.Asyik nak mainje,bila masa kau belajar eh,aku tak nampak pun,”
“Aku belajar di kelasla,habis kelas aku tutup bukula,hahha,” gelaknya.
“Ape apejela.Hmm,tak kisahla,aku nak juga satu,bukan selalu pun makan,”
"Selalu pun tak pelah Dah. Aku nak jugak tengok kau yang pelupa. Jadi nyanyuk terusker, hehhe..,”.
‘Amboi-amboi,budak ni’. “Kau ni loyar buruk pulak.Cepat sikit bawak tu,entah bila hendak sampainya entah,”
“Ok ok bos,”jawabnya sekilas dan terus melajukan kayuhan.
Sekolah agama kami adalah sekolah yang sama dengan sekolah kebangsaan kerana tidak ada sekolah kosong di situ.Sekolah agama yang lain yang paling dekat dengan tempat tinggalku pula agak jauh dari sini dan tidak cukup untuk menampung jumlah pelajar yang kian bertambah.
Sesi persekolahan petang adalah masa yang aku suka ,berbanding sekolah kebangsaan sesi pagi.Ini kerana kami terasa lebih bebas.Pelik bukan,nama sekolah agama,tetapi bebas?Sekolah kebangsaan peraturannya ketat,begitulah apa yang kami rasakan.Pengawas sangat tegas,memang berbeza dengan pengawas sekolah agama.Malah kebisingannya di luar kawalan,mungkin.Lagi-lagi dari kelas pelajar tahun satu.Walaupun kelas aku pun tidak kurangnya.
...
Beberapa bulan berlalu…
Aku bakal menghadapi peperiksaan PTS pada hari itu.
“Buat elok-elok ya,” pesan emakku.
“Insya-Allah mak, Dah tak kisah pun apa keputusannya,Dah tak study apa pun,” jawabku tersenyum. Kemudian aku segera bergegas ke sekolah.
Sebanyak 80 orang pelajar tahun tiga mengambil tempat masing-masing di Dewan Bestari. Tidak lama kemudian,kertas soalan diedarkan dan ujian PTS kami pun bermula.
Ada sebanyak 100 soalan semuanya.Aku mula menjawab satu persatu. ‘Argghh..kenapa susah sungguh soalan-soalannya.Nak kata soalan Matematik,tidak perlu pengiraan,nak ku kata Sains,aku tidak belajar lagi di tahun tiga!’
Dalam dahi yang berkerut-kerut memerah otak,kebanyakan reaksiku adalah menggeleng-gelengkan kepala dan senyum saja. Apa yang aku gundahkan,bukankah aku sudah katakan yang aku tidak mahu lulus pun. Maka aku teruskan menjawab soalan dengan menandakan secara rambang demi menghabiskan semua soalan.
‘Al-hamdulillah,siap pun kau soalan.Walau aku tak faham satu hapak pun’.
Waktu menjawab soalan telah tamat dan sejurus selepas itu kami keluar dari dewan untuk berehat.
“Idah,macam mana soalan tadi?” soal Aina rakan sekelasku.
“Hahha, ‘senang’ sungguh, aku main bantai saja,” balasku sambil tergelak.
“Ala, kau kan pandai,mesti kacang saja kau jawab,”.
“Pandai sangatlatu ,aku tak faham langsungla soalan-soalannya,budak genius bolehla jawab,”
“Ok, nanti kita tengok siapa yang lulus,”jawab Aina sambil menarik tanganku untuk cepat-cepat ke kantin.