PANTUN TENTANG KESIHATAN-2
Gendang gendut tali kecapi,
Buncit perut susah hati.
Buah rambutan buah pala,
Banyak tekanan sakit kepala.
Pergi Bidor membeli kebab,
Terlebih tidur otak pun lembab.
Kurangkan garam kurangkan gula,
Kuranglah sakit di hari tua,
Sarapan penting ingat ya semua,
Pembekal tenaga untuk bekerja.
Banyakkan senaman banyakkan ibadat,
Banyak bergerak lemak terbakar,
Pakaian longgar menutup aurat,
Selesa bekerja selesa belajar.
Yang tinggi berduri itulah durian,
Yang manis berkerengga itulah rambutan,
Kenapa yang muda tak suka sayuran,
Makanan segera menjadi pilihan?
Senak perut tersalah makan,
Memulas-mulas dan cirit-birit,
Berhati-hati memilih makanan,
Perut rumah segala penyakit.
Ayam KFC kerap diratah,
Berat pun naik tapi tak serik,
Sakit kepala dan muntah-muntah,
Antara tanda tekanan darah naik.
Minuman berkarbonat sarat bergula,
Kandungan gasnya tak kurang juga,
Penyakit kencing manis kesan utama,
Malah penghadaman jadi tak sekata.
Buahan citrus kaya vitamin C,
Dibuat jus alangkah sedapnya,
Nak dapat khasiat penuh nutrisi,
Minum yang segar tak tambah gula.
Pagi bersarapan dengan roti nan,
Sebelum keluar untuk berkelana,
Berjaga-jaga memilih makanan,
Bila sakit sendiri merana.
Tak lama lagi bulan puasa,
Bulan berkat penuh pahala,
Sakit itu penghapus dosa,
Bila sihat jangan leka pula.
Jual karpet tapi tak laku,
Hati gusar, ke hulu ke hilir,
Bila tersedu semua terpaku,
Cepat-cepatlah meneguk air.
Malam yang sepi kulihat purnama,
Dihiasi sahut-sahutan cengkerik,
Minum air hilangkan dahaga,
Badan segar mata pun celik.
Ikan kerapu,ikan gelama,
Masuk kuali goreng sahaja,
Hati itu kunci utama,
Rosak ia,rosak semuanya.
-notcar99-
-notcar99-
No comments:
Post a Comment