Wednesday, April 17, 2013

Membelah Langit Biru


Membelah Langit Biru
Bas bergerak laju 
Memecah kesunyian kota
Ku jenguk ke luar tingkap
Ku lihat ke langit biru
Subhanallah,sungguh indah sekali ciptaan-MU.

Langit membiru
Cuaca yang cerah
Aku termenung sendirian
Sampai bila langit yang indah
ini mampu ku lihat..
Datang lagi persoalan
Kenapa langit itu berwarna biru?
Adakah kerana pantulan dari laut?
Atau mengikut teori fizik,
Yang dinamakan 'Rayleigh scattering'?
Dan kenapa pula laut itu biru?
Pantulan dari langitkah?
Namun ada kalanya langit tidak sebiru laut
Ada masanya pudar di balik awan
Yang ku pasti langit tidak selalunya cerah
Warnanya berubah
Tidak tetap..
Namun saat ia biru
Ku rasa aman
Sejuknya terasa
Bukankah biru simboliknya damai
Sesuatu yang menenangkan
Bersama angin bertiup
Menandakan cuaca yang indah
Syukur pada-MU.

Namun ada sesuatu di sana
Menarik perhatianku
Aku mengukirkan senyuman
Dua garisan putih membelah langit
Aku pasti ia bukannya awan
Seolah-olah bergerak ke dua arah berlawanan
Dua garisan bertembung
Menghasilkan satu abjad Romawi.

X bermaksud anu
Atau 'unknown'
Sesuatu yang tidak diketahui
X simbol untuk menanda
Pilihan yang dingini
X tandanya 'salah'
Bagi jawapan yang tidak benar
X membawa banyak maksud
Simbol dalam khidmat pesanan ringkas
Abjad yang unik banyak gunanya.

Aku tersenyum lagi
X yang ku fikirkan tika ini
X yang amat kena sekali pada masanya
Adakah kebetulan atau suratan
Sesuatu yang dirancangkah?
Namun yang kuyakini
Dalam hatiku
'X di atas langit biru'
Tidak memberi makna yang tertentu
Pada diri ini
Kerana aku menyukai biru kerana warnanya
X kerana keunikannya
Bukan kerana apa-apa..
haha

-notcar99-