Friday, June 29, 2012

Pantun Nasihat-3


Ikan kerapu,ikan gelama,
Masuk kuali goreng sahaja,
Hati itu kunci utama,
Rosak ia,rosak semuanya.

Kuih bergedel menjadi pilihan,
Buat pengikat perut yang lapar,
Jangan berlebihan mengikut perasaan,
Kembalikan semula semangat yang pudar.

Hatimu gusar fikiran bercelaru,
Semangat yang hilang tiada berganti,
Kepada Allah lah engkau mengadu,
Tempat meluah duka di hati.

-notcar99-

No comments: