Saturday, June 23, 2012

Latihan Menulis 3

Sebulan kemudian,tibalah pemgumuman keputusan peperiksaan PTS. Rupa-rupanya hanya seorang pelajar sahaja yang berjaya lulus, iaitu Natasya. Dia adalah salah seorang sahabat baikku. Aku ada empat orang sahabat, iaitu Ilya, Siti dan Natasya. Dia adalah antara pelajar yang sering mendapat top ten di kelas, di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama.

“Tasya,wah..terer la kau boleh lulus. Kau sorang jetu,tahniah yer,” ucapku padanya ketika kami sedang berehat.

“Terima kasih, aku pun tak tahu macam mana boleh lulustu,” jawabnya dengan memek muka kepelikan.

“Tapi soalantu susah sangatla,macam mana otak kau boleh proses erk? Rasa berputar-putar kepala otak aku fikir masa tu ,hehhe..,” balasku tersenyum sambil menunjukkan simbul tangan berpusing-pusing di kepala.

"Em..sedihla nanti, kau dah takde. Sebab kau akan naik darjah lima,kami pula darjah empat. Kita dah tak boleh lepak sama-sama di sini, kat tepi library, pot biasa..:senyum:,”sampuk Ilya.

“Haahla,aku sedih  jugak. Ala,tapi aku bukannya hendak ke mana-mana pun,aku masih bersekolah kat sinila. Kita boleh jumpa hari-hari pun kan. Relaksla kawan,” senyum Tasya.

Tasya memang murah dengan senyuman dan dia adalah sahabat kami yang suka berjenaka. Namun dia juga yang paling garang antara kami semua jika kami bertelagah. Rasa sedih pula hendak berpisah walau hanya berpisah kelas dan darjah sahaja.

“Nanti bila kau dah ada kawan baru,dengan senior nanti jangan lupa kami pulak yer, maklumla dah up dari kitorang la kan,” tambah Siti yang hanya diam tidak berkutik dari tadi sambil menjuihkan bibirnya tanda merajuk.

“Apa pulak ni.Berapa lama dah kita berkawan? Bukan sehari dua,bukan sebulan..Dah tiga tahunkan. Selama ni kita duduk kat kelas yang sama,rumah pun dekat. Hai Siti,dulu kata dah bosan dengan aku?” Tasya mengalihkan pandangannya kepada Siti yang kelihatan muram.

“Mana ada,aku main-main sajala. Sebab kau buat taktik lawak yang sama saja,mana aku tak bosan”gelak Siti pula.Hilang pula riak muramnya.

“Ok ok la,aku tahu kau tak akan lupa kita semua kan.Kan kita kata hendak hidup berkawan dunia akhirat?Jadi tak usahla sedih-sedih,tak payah gaduh-gaduh ok? Insya-Allah kita jumpa lagi,hehhe,” tambahku pula.

“Oklah,waktu rehat dah nak habis,jom masuk kelas,” kata Ilya seraya bangun dan membetul-betulkan baju sekolahnya.

“Ok,jom,”jawab kami bertiga serentak.

............................................................................................

Suatu hari emak menegurku ketika aku bersiap-siap untuk ke sekolah.

“Dah,daripada pakai bukak pakai bukak tudung tu, pakai terusla kan elok,”

“Kenapa mak?Oh,tapi kawan-kawan Dah,kawan sekelas Dah tak pakai tudung pun.Kadang-kadang je pakai,”

“La,kenapa nak ikut orang,”emakku berkata lagi.

“Aikk,dulu mak tak kisah pun,”aku mula mengerutkan kening.

     Aku teringat lagi,emakku menyuruhku untuk memakai tudung sejak dari tahun satu,tapi disebabkan aku masih kecil dan tidak pandai sangat hendak menguruskan tudung,jadi aku hanya pakai sekali-sekala sahaja.Naik tahun dua,aku sudah tidak pakai langsung.Naik lagi darjah tiga aku pakai ikut suka hatiku.Bila aku terlambat atau rasakan malas, aku tidak pakai. Namun, dulu emak tidak pernah pula menegurku. Cuma kali ini dia bersuara.

“Dah kan makin besar,kalau kecil lagi tak apalah ,” jawab ibuku tersenyum.

    Aku berfikir-fikir lagi.Aku selalu juga mendengar ustazah mengingatkan tentang kewajipan memakai tudung ni.Katanya wajib untuk kami menutup aurat apabila sudah sampai umur baligh.Tapi aku tidak pernah terkesanpun,sebab aku rasa aku masih kecil!Tambahan lagi aku belum lagi mencapai usia baligh itu.Tapi sekolah agama, sesiapa pun kena bertudung,jadi itu tidak menjadi hal bagiku.Aku anggap itu sebagai rutin.
 
   Kadang-kadang juga aku rasa kelakar. Aku pakai tudung ke sekolah,tetapi bila aku di rumah,aku tidak mengenakan tudung.Malah aku boleh lagi memakai seluar pendek untuk bermain dan berjumpa kawan-kawanku.Tengok-tengok kali ini ibuku kata aku kena pakai tudung setiap masa pula. Seluar pendek nampaknya jangan haraplah..

“Ala apa pulak, orang kecil lagi lah mak,” rajukku.

“Hah,kecil?Kecil apanya.Dah kan anak dara emak yang pertama tau.Nak pakai ke tak nak ni?Lawa lagi Dah pakai tudung tu,manis emak tengok,” ibuku seolah-olah hendak memujukku.

“Ok,oklah,orang pakai.Siap pakai seluar panjang lagi lepasni,” jawabku perlahan.Aku tidak berani hendak melawan kata emakku.

“Macam tulah anak emak mendengar kata,”jawab emak sambil memeluk mesra bahuku.

         Emakku seorang yang lembut.Dia bukan jenis yang memarahi anak-anaknya.Cuma sekali sekala sikap suka meleternya masih kekal.hehhe.Kadang-kadang bingit juga telinga.Walau aku tahu emak berniat baik,demi kebaikan anak-anaknya.Jadi aku terima sajalah mana yang emak rasakan baik untukku.

Aku juga mudah saja termakan nasihat emak.Sebab aku tidak mahu menjadi anak derhaka. Aku takut akan itu.Ustazah seringkali mengingatkan kami tentang kisah anak derhaka. Siksa pembalasannya di dunia. Kita tidak boleh melawan emak,sekalipun berkata ‘Ah’. Kata ustazah lagi bila menjawab panggilan ibu pula, jawablah ‘Saya,mak,’ atau ‘Baik, emak’.Aku sungguh terkesan dengan nasihat ustazah yang itu. Aku teringat,bila emak memanggilku selalu juga aku menjawab ‘Apa mak?’ dengan berbagai-bagai nada.Kadang-kadang bernada tinggi seperti marah lagaknya. Jadi aku memulakan untuk mula menjawab ‘Ya, Mak’ setiap kali ibu memanggilku. Jika aku menjawab ‘Saya mak,nanti bimbang tersalah dengar pula ‘Sayalah emak’.Jika aku terus menjawab ‘Baik Emak’ pula,aku rasa tidak sesuai,belum bagi arahan sudah baik.hehhe..Macam-macam songenglah aku ini.Pemikiranku memang begitu.Aku ketawa sendirian. Apa-apalah yang aku fikirkan ni.Asalkan aku tidak menjawab dengan kasar sudah..

sambung...

No comments: